assalamualaikum...
hari ni sha ingin berkongsi petua bersama u alls semua, sha bosan-bosan and then terfikir tentang masalah mrs J yg selalu muncul dlm hdup sha ni..uhh bosan n bertambah tension jadinya..huhu..nak tahu apa mrs J tu, hahaha jerawat...ohhhh TIDAK...
pasti u alls yg ada jerawat ni rimaskan, kadang-kadang ia muncul kadang-kadang x..huh macam chipmore la pulak kejap-kejap ada kejap-kejap xada..huhu..
ha so, sha ada petua bagi yg ingin mencuba insyaallah menjadi dengan izinNYA....
ohhh...TIDAK
petua 1
ambil telur putih, and then masukkan telur putih sahaja dalam bekas kecil lepas tu ambil kapas potong menjadi cebisan kecil, selepas itu sapukan putih telur pada kapas tadi and letakkan pada muka yg ada jerawat tu, sebolehnya lakukan pada sebelum tidur..hasilnya jerawat tadi akan melekat pada kapas itu..
petua 2
ambil 2 sudu tepung ubi dicampur dengan air asam jawa biar kelihatan pekat..selepas itu disimpan didalam peti sejuk selama 1/2 jam..sebelum tidur pakai lakukan sebagai mask/topeng.
janganlah sesekali memicit jerawat ye anak-anak.(macam mak-mak la pulak).hihi...nanti akan meninggalkan parut pada muka.
ini pula petua untuk menghilangkan parut jerawat pada muka.
petua 1
tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan dijadikan serebuk. campurkan dengan sedikit air. sapukan pada bekas jerawat. lakukan selama seminggu...(tapi pedih la sikit ye)
petua 2
ambil 10 helai daun sireh muda, bersihkan tumbuk sehingga lumat. muka hendaklah dibersihkan dengan air suam terlebih dahulu. dan sapukan sireh yg ditumbuk tadi pada muka terutama pada parut jerawat .biarkan selama 1/2 jam atau kering. cuci muka bersih-bersih lap kering. almalkan 3 kali seminggu
insyalah menjadi..mulakan dengan bismillah....